Selamat Datang 'BLoggers'!

KeNapa BLog TipBlogger?

TipBlogger adalah blog mengenai tip dan panduan seorang blogger. Segala panduan dan selenggaraan adalah berdasarkan template, peralatan tambahan, adsense, blog bisnes dan cadangan tidak kira menggunakan blog percuma atau berbayar, asalkan anda mempunyai blog! Jangan lupa melanggan newsletter atau feed yang ada di sebelah kanan blog ini. Salam Sejahtera dan Jumpa Lagi!

Ingin Menjadi Usahawan Internet yang Berjaya? Klik di bawah atau daftar sebagai affiliate
 
Saturday, August 05, 2006

Penulisan Terkini :

TipBlogger akan berpindah tak lama lagi?

Assalamualaikum wbt.

Setelah difikir-fikirkan semalam, saya mahu berpindah menggunakan wordpress.
"Alahai, baru buat pengumuman semalam tentang nak buat teknikal video, dah kena pindah pulak?"

Saya akan masih meletakkan teknikal video di blog baru tersebut cuma saya tengah berfikir satu perkara: saya mahu gunakan suara saya atau tidak untuk menghasilkan video tersebut.

Maklum sahajalah, kena ada suara yang ok dan tidak gugup, barulah dapat menghasilkan video yang bagus. Kalau gagap, buat nahas aja. Kena kutuklah jawabnya.

Kenapa mahu pindah?
  1. Saya mahu mencuba
  2. Mahu menggunakan fungsi back-up yang boleh menyimpan kembali post saya (blogspot tak boleh kecuali manual)
  3. Bersedia, manalah tahu blogspot boleh senang-senang delete blog saya.

APa yang akan dibincangkan di blog baru?
Sama sahaja dengan konsep blog tipblogger yang mana akan membincangkan segala segi perihal blog beserta teknikal, tidak kira untuk blogspot mahupun wordpress. (saya masih dalam pembelajaran mengenai wordpress, mengenai hal blogger, tanya sahaja saya mungkin dapat jawab).

Di Blog baru tersebut, akan dipecahkan members area dimana tip-tip akan diletakkan di bahagian yang boleh diakses oleh semua pelawat manakala bahagian teknikal pula, anda perlu mendaftarkan diri untuk mendapatkan video mahupun perisian yang berkaitan.

Adakah members area akan dicaj?
InsyaAllah tidak kecuali perisian. Video adalah percuma.

p.s: apa cadangan dari anda? nak saya gunakan suara atau perkataan untuk video? erm..


 

Blog Review

Selain bercakap mengenai tip dan pelbagai hal lagi mengenai blog, TipBlogger akan memberi review kepada blog yang terpilih. Jika di bahagian atas adalah bahagian teori, bahagian ini adalah bahagian praktikal dan contoh! Ruangan ini khas untuk blog seNusantara - Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Brunei sahaja..

 

Blog's Tool

Selain Bahagian Peralatan. InsyaAllah tidak kira peralatan tersebut direka sendiri atau oleh orang lain dan berguna, pasti kami akan mengebahkannya kepada anda. Peralatan terbaik disyorkan untuk anda!

 

Sana Sini

Celetoh dan Perihal Terkini Mengenai Isu-isu semasa mahupun apa - apa jua

Blog Collections

Learning:

Blog Minggu Ini - Jun 2006

Template Blogger

Malaysian Blog

Pertandingan/Program Blog

Peralatan Blogger