Selamat Datang 'BLoggers'!

KeNapa BLog TipBlogger?

TipBlogger adalah blog mengenai tip dan panduan seorang blogger. Segala panduan dan selenggaraan adalah berdasarkan template, peralatan tambahan, adsense, blog bisnes dan cadangan tidak kira menggunakan blog percuma atau berbayar, asalkan anda mempunyai blog! Jangan lupa melanggan newsletter atau feed yang ada di sebelah kanan blog ini. Salam Sejahtera dan Jumpa Lagi!

Ingin Menjadi Usahawan Internet yang Berjaya? Klik di bawah atau daftar sebagai affiliate
 
Monday, July 31, 2006

Penulisan Terkini :

Post Blog Bisnes ke Website Anda.

Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera.

Alhamdullillah, hari ini saya sangat gembira. Ingat tak semalam saya pernah berbicara tentang Perlukah mengasingkan website dengan blog?. Hari ini saya telah dapat menjawab persoalan tersebut. Saya telah berjaya meletakkan post dari blog yang lain ke blog ini. Tak percaya? Lihat di bahagian review atau post blog ini.


Teknik Khas Untuk Anda Yang Mempunyai Laman Web Perniagaan.

Teknik ini dipanggil RSS to javascript atau kalau menggunakan servis dari feedburner, ianya dipanggil BuzzBoost. Teknik ini membenarkan feed terbaru disiarkan di laman web perniagaan atau web-web berkaitan, sebagai sebuah html.

Bagaimana konsep ini memberi manfaat kepada perniagaan anda?

Saya akan menggunakan kaedah cerita untuk kita sama-sama memahami bagaimana konsep ini berfungsi.

Ceritanya begini: contoh sahaja ya..

Linda mempunyai kedai dan laman web menjual bau-bauan. Laman web tersebut menjual pelbagai bau-bauan yang pelbagai jenis. Suatu hari, Linda memulakan teknik “meletakkan post blog di website” linda. Bermula hari itu, Linda menulis tentang kelebihan, fungsi bau-bauan terhadap tubuh, dan segalanya berkaitan perniagaannya di blog tersebut. Pembeli pula makin ramai dan kebanyakkannya ada pembaca blog beliau.

Sesetengah pelanggan termasuk saya kadangkala tidak tahu memilih mana yang terbaik dan sesuai untuk diri sendiri. Dengan adanya petikan dari syarikat berkenaan, saya dapat melihat kelebihan produk tertentu, bahkan menambahkan ilmu saya tentang hal-hal berkaitan.

Kenapa hanya ada link ke blog sedangkan anda boleh memetik post terbaru?

Kebanyakan website bisnes yang ada sekarang hanya meletakkan link ke blog berkenaan, sebaris dengan menu seperti :
| Menu Utama | Syarikat | Blog |

Perlukah saya klik pada link tersebut sedangkan saya tidak mengetahui tentang apakah blog tersebut berbicara? Sebab itulah anda perlu menggunakan teknik ini.


Faedahnya kepada perniagaan anda:

  • Merapatkan hubungan dengan pelawat laman web anda.
    Pelawat akan merasakan web anda hidup dan selalu uptodate.
    Yelah, laman web bisneskan tak banyak update kecuali produk baru sahaja

  • Info tentang produk secara tak langsung.
    Ingat tak cerita tadi? Sambil memberi info, anda sebenarnya sedang menjual produk di laman web anda!

  • Kredit Pembeli
    Disinilah kekuatan blog. Blog merupakan diari anda. Selepas ada pembeli, jangan lupa kreditkan beliau diblog anda, terutama pembeli barangan terhad. Wah-wah, sesiapa pun akan terharu dan datang lagi.
Alamak..nampaknya jam dah 1 pagi. Sampai disini dulu tulisan saya, saya akan post mengenai cara bagaimana membuatnya esok menggunakan servis dari feedburner esok, InsyaAllah. Sayonara!

technorati tags:
del.icio.us tags:


Socialize:       

 

Blog Review

Selain bercakap mengenai tip dan pelbagai hal lagi mengenai blog, TipBlogger akan memberi review kepada blog yang terpilih. Jika di bahagian atas adalah bahagian teori, bahagian ini adalah bahagian praktikal dan contoh! Ruangan ini khas untuk blog seNusantara - Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Brunei sahaja..

 

Blog's Tool

Selain Bahagian Peralatan. InsyaAllah tidak kira peralatan tersebut direka sendiri atau oleh orang lain dan berguna, pasti kami akan mengebahkannya kepada anda. Peralatan terbaik disyorkan untuk anda!

 

Sana Sini

Celetoh dan Perihal Terkini Mengenai Isu-isu semasa mahupun apa - apa jua

Blog Collections

Learning:

Blog Minggu Ini - Jun 2006

Template Blogger

Malaysian Blog

Pertandingan/Program Blog

Peralatan Blogger