Selamat Datang 'BLoggers'!

KeNapa BLog TipBlogger?

TipBlogger adalah blog mengenai tip dan panduan seorang blogger. Segala panduan dan selenggaraan adalah berdasarkan template, peralatan tambahan, adsense, blog bisnes dan cadangan tidak kira menggunakan blog percuma atau berbayar, asalkan anda mempunyai blog! Jangan lupa melanggan newsletter atau feed yang ada di sebelah kanan blog ini. Salam Sejahtera dan Jumpa Lagi!

Ingin Menjadi Usahawan Internet yang Berjaya? Klik di bawah atau daftar sebagai affiliate
 
Tuesday, July 18, 2006

Penulisan Terkini :

Kelebihan Blog Bisnes

Siri sebelumnya : Kegunaan Blog Bisnes.

Di siri yang lepas, Kegunaan Blog Bisnes, anda telah diceritakan tentang kegunaan blog. Namun mungkin ada yang tertanya-tanya apakah kelebihan blog bisnes. Perkara pertama adalah blog sebagai salah satu cara menyampaikan mesej dengan tulus dan cepat dengan pembaca, tentunya prospek anda. Menggunakan blog adalah murah berbanding cara lain. Disini saya senaraikan kelebihan lain blog bisnes beserta penerangan:

Meningkatkan Jenama Secara Online
Bagi syarikat yang baru, blog merupakan salah satu cara untuk membina nama dan promosi. Tulisan yang tulus dan ikhlas dapat menyakinkan pelanggan dan pelawat blog anda. Inilah yang akan mencerminkan kredibiliti dan kepakaran anda.

Mengerat/ Menjalinkan hubungan dengan bakal pelanggan
Blog bisnes adalah cara yang pasti untuk mengekalkan hubungan dengan pelanggan tanpa perlu pendaftaran atau email atau pelbagai cara pemasaran yang lain. Anda perlu mengekalkan post terkini mengenai minat pelanggan (semestinya berkaitan blog anda), produk dan servis terbaru, dan isu-isu berkaitan.

Meningkatkan Optimisasi Enjin Carian
Pernahkah anda mendengar bahawa ada orang mengatakan blog senang disenaraikan di enjin carian? Memang benar dakwaan tersebut terutama jika tahu caranya. Saya akan kongsikan satu cara tentang menaikkan senarai di enjin carian iaitu ‘linking’ atau rangkaian. Saya bawakan kaedah cerita untuk hal ini:

Katakan anda peminat bola dan suka makan di kedai mamak sambil menonton perlawan pasukan pilihan anda bersama rakan-rakan. Ketika awal perlawanan, tayangan yang dipancarkan melalui projektor itu telah mengalami ganguan dan tidak dapat dipaparkan di skrin. Setelah puas mencuba, salah seorang pekerja mamak pergi ke meja anda dan bertanyakan sesiapa yang tahu untuk membetulkan kerosakan teknikal tersebut. 4 Rakan anda terus menuding jari ke arah anda kerana mereka tahu anda merupakan seorang juruteknik. Seorang kawan lagi menuding jari kearah kawan anda yang seorang lagi, seorang Pegawai Kesihatan. Pastinya anda akan terpilih untuk menolong bukan? Anda akan diletakkan di terpilih untuk membantu berbanding Pegawai Kesihatan itu tadi.


Rumusan dari cerita di atas, semakin banyak blog dan website yang meletakkan link ke blog anda di blog/website mereka, anda akan disenaraikan terlebih dahulu di enjin carian.

Pasaran target
Gunakan pasaran target bisnes nyata anda. Tidak perlu memikirkan target baru sebaliknya fokuslah terhadap target tersebut. Ini mengelakkan masalah menghasilkan post di kemudian hari.
Jika tidak pasti akan target pasaran, anda boleh melawat ke laman web kedai buku seperti MPH atau Amazon untuk mendapatkan senarai kategori buku sebagai target pasaran.

Post lain yang terdapat dalam Siri Blog Bisnes Ini adalah : Apa itu Blog Bisnes?, Kegunaan Blog Bisnes, Kelebihan Blog Bisnes, Panduan Untuk Blog Bisnes, RSS Feed. Jangan Lupa Melanggan feed dari blog ini untuk post terkini!




Socialize:       

 

Blog Review

Selain bercakap mengenai tip dan pelbagai hal lagi mengenai blog, TipBlogger akan memberi review kepada blog yang terpilih. Jika di bahagian atas adalah bahagian teori, bahagian ini adalah bahagian praktikal dan contoh! Ruangan ini khas untuk blog seNusantara - Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Brunei sahaja..

 

Blog's Tool

Selain Bahagian Peralatan. InsyaAllah tidak kira peralatan tersebut direka sendiri atau oleh orang lain dan berguna, pasti kami akan mengebahkannya kepada anda. Peralatan terbaik disyorkan untuk anda!

 

Sana Sini

Celetoh dan Perihal Terkini Mengenai Isu-isu semasa mahupun apa - apa jua

Blog Collections

Learning:

Blog Minggu Ini - Jun 2006

Template Blogger

Malaysian Blog

Pertandingan/Program Blog

Peralatan Blogger