Selamat Datang 'BLoggers'!

KeNapa BLog TipBlogger?

TipBlogger adalah blog mengenai tip dan panduan seorang blogger. Segala panduan dan selenggaraan adalah berdasarkan template, peralatan tambahan, adsense, blog bisnes dan cadangan tidak kira menggunakan blog percuma atau berbayar, asalkan anda mempunyai blog! Jangan lupa melanggan newsletter atau feed yang ada di sebelah kanan blog ini. Salam Sejahtera dan Jumpa Lagi!

Ingin Menjadi Usahawan Internet yang Berjaya? Klik di bawah atau daftar sebagai affiliate
 
Friday, August 04, 2006

Penulisan Terkini :

vBlog, bagaimana?

Pengumuman

Saya ingin menambah konsep di dalam bahagian tip blogger tools dimana saya akan menambahkan video-video untuk peralatan berkaitan.

Mengapa? Sebabnya saya tidak sempat untuk menulis dan menghasilkan langkah-langkah yang senang difahami.(dan senang dihasilkan). Harap-harap video dapat menyelesaikan masalah saya ini.

Mengenai vBlog

Setiap konsep blog mempunyai pro dan kontra mereka sendiri. Hari ini saya nak bercakap pasal vblog. Jadi jika anda bercadang untuk menggunakan konsep vblog, pastikan anda membaca post ini terlebih dahulu. Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimanakah rupa vblog? Mudah sahaja, secara asasnya mereka menggunakan video sebagai asas untuk membuat post di blog.


Kelebihan vBlog

Jika kita perhatikan, vBlog mempunyai kekuatan berdasarkan video yang terdapat di blog mereka. Blogger atau pengguna blog mempunyai komuniti mereka sendiri. Antaranya http://videoblogging-universe.com/

vBlog dapat menarik perhatian pelawat blog dengan sekali pandangan sahaja. Pelawat kan manusia? Manusia pula pelbagai dan ada yang seperti saya: meminati video dari membaca tulisan yang panjang-panjang (tulisan+video lagi baik). Dengan ‘cinta pandang pertama’ pada vblog, pelawat akan terus datang.”Ada video menarik lagi tak hari ni ya? Best tengok..”

Kesusahan vBlog

Untuk mencipta vBlog, anda memerlukan ruang atau space hosting yang besar. Kan video mempunyai saiz yang besar? Paling tak 1MB tau. Saya pernah memuat naik video ke google video, ianya mengambil mengambil masa yang agak lama walaupun fail tersebut hanyalah 1.5MB sahaja. Alahai..kalau anda mahu letak video yang cantik dan sempurna, maaflah ya. Buat sekadar yang termampu kecuali anda sanggup menunggu dengan sabar.

Selain itu pengguna yang melawat terutama yang hanya memakai dial-up pasti terpaksa menunggu dengan lama untuk vBlog anda untuk dipaparkan sepenuhnya kerana dipenuhi oleh video. Pelawat yang bad mood mungkin akan terus menutup blog anda.

Tips Untuk vBlog

Tip untuk anda yang mahu membina vBlog: Cari niche atau fokus terhadap konsep vBlog anda. Contohnya, anda bina vBlog berdasarkan video lawak maka anda hanya letakkan video lawak sahaja. Masalah loding pula, paparkan hanya 1 pos yang mengandungi 1 video sahaja. Pelawat yang benar-benar berminat akan klik pada mana-mana post yang diminati.

 

Blog Review

Selain bercakap mengenai tip dan pelbagai hal lagi mengenai blog, TipBlogger akan memberi review kepada blog yang terpilih. Jika di bahagian atas adalah bahagian teori, bahagian ini adalah bahagian praktikal dan contoh! Ruangan ini khas untuk blog seNusantara - Malaysia, Indonesia, Singapura dan juga Brunei sahaja..

 

Blog's Tool

Selain Bahagian Peralatan. InsyaAllah tidak kira peralatan tersebut direka sendiri atau oleh orang lain dan berguna, pasti kami akan mengebahkannya kepada anda. Peralatan terbaik disyorkan untuk anda!

 

Sana Sini

Celetoh dan Perihal Terkini Mengenai Isu-isu semasa mahupun apa - apa jua

Blog Collections

Learning:

Blog Minggu Ini - Jun 2006

Template Blogger

Malaysian Blog

Pertandingan/Program Blog

Peralatan Blogger