Penulisan Terkini :
Pemasaran Melalui Email Vs Pemasaran Melalui RSS
Assalamualaikum wbt.
Huh..sungguh penat saya hari ini. Dari semalam lagi tak dapat tidur dan hari ini ada kelas sampai petang...memang penat!
Saya serba salah memberitahu perkara ini, kerana ianya adalah salah saya. Saya memohon maaf kerana tidak dapat menyiapkan post bagaimana meletakkan feed blog ke website seperti yang dijanjikan semalam. Semangat saya masih ada, gambar-gambar berkaitan juga telah ada cuma saya tidak bermaya. Inipun menaip sambil keletihan, habis hilang segala persoalan yang ada, yang boleh dikarang di blog ini. Apa pun, saya pasti akan menyiapkan post tersebut! (nanti... :p)
Demi matlamat sehari satu post, saya akan tetap menulis. Ganbate!
Tajuk hari ini : Pemasaran Melalui Email Vs Pemasaran Melalui RSS
Saya telah membaca tulisan berkaitan sebelum ini, penulisan orang barat dan akhirnya menghasilkan post ini berdasarkan senario Malaysia.
Di Malaysia, penggunaan email masih lagi menjadi keutamaan berbanding penggunaan rss. Ini mungkin kerana ketiadaan komputer atau kemudahan internet dirumah. Masa akan terus berlalu, manusia dan teknologi pasti berkembang dan yang baru menggantikan yang lama. Mungkin itulah yang akan terjadi kepada penggunaan email nanti.
Jadi mana yang lebih baik sekarang?
penggunaan email atau penggunaan rss untuk blog anda?
Saya cadangkan kedua-duanya. Seperti yang saya beritahu tadi, email masih lagi digunakan NO.1 di Malaysia, meskipun kini semakin dipenuhi dengan SPAM. Bercakap pasal SPAM, saya asyik menerima pelbagai email spam dari email sape-sape ntah, mengiklankan skim cepat kaya atau skim piramid mereka. Alahai apalah nak jadi....
Saya sukakan penggunaan rss kerana saya hanya akan mendapat post atau 'khabar' dari orang yang saya telah langgan feed beliau. Saya jenis yang agak memilih..kalau blog anda tiada apa-apa, saya tidak akan langgan feed anda. (eh, blog saya nie dah banyak sangat isikah?)
Mengenai pemasaran pula tidak bermaksud anda menghasilkan satu post penuh mengenai produk anda. Membina hubungan dengan pelanggan melalui pendapat di blog adalah berkesan dan tidak hipokrit.
Saya teringat akan post yang dihasilkan oleh Saifulsham yang lebih kurang maksudnya begini:
Pelawat membaca blog bukan kerana mahu membaca mengenai produk anda sebaliknya membaca mengenai kehidupan peniagaan anda.
*ayat ini adalah rekaan saya tetapi maksudnya lebih kurang sama.
Jika dihitung dari segi kebaikan, rss dapat mengelakkan spam bagaimanapun penggunaan email masih menjadi kegunaan No.1 di Malaysia. Kesimpulannya, beri pilihan kepada pelawat blog anda dengan meletakkan servis kedua-duanya sekali agar anda dapat meningkatkan jualan anda!
Socialize:
1 Komen:
terima kasih saudara kerana meninggalkan komen di blog saya...saya dah lawat laman web home bisnes..nampak meriah ya dengan page rank 1. tambah menarik saudara letakkan post dari blog di website berkenaan
Post a Comment
<< Halaman Utama